Monday, February 28, 2011

Sunday, February 20, 2011

4 X 4 : 3H2M di Temenggor

Oh..anok-anok tokleh meghaso mandi laok, 
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto, Kito usoho
Jauhke dari malapetako, Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak, Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio, Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo........
itu antara bait2 lagu Hijau nyayian Zainal Abidin..pasti korank tau kan..
sebenornye lagu nih takde kene mengene ngan entry kali nih ponk..
 
Dah lama aktivi 4X4 serta laporannya tak disiarkan...bukan merajuk atau menyepi..
tatapi masa & waktu yang menjadi halangan..? Setelah 2 minggu kuar dari hutan baru 
hari ni dapat disiapkan laporan kejadiannya..Kali ni ekplorasi 4X4 meneroka kembali, 
xpdc 3 hari 2 malam ni selamat dilaksanakan pada 5 hingga 7 Februari lepas 
di Hutan Temenggor.. korank tahu tak dimana HutanTemenggor, meh aku story cket.. 
 
Mungkin korank tidak berapa arif jika disebut "Hutan Temenggor" 
tetapi ramai yang kenal dengan nama Lembah Belum, Royal Belum atau Tasik Banding...
haaaaa tau kan..?
Hutan seluas 300,000 hektar itu merupakan satu "taman idaman" untuk para pencinta alam, 
kerana terdapat pelbagai flora dan fauna di situ. 
Mamalia yang hampir pupus seperti badak sumbu, gajah dan harimau belang boleh ditemui di situ, termasuk 10 spesis burung enggang yang jarang di jumpai. Bagi tumbuhan pula, Hutan Temenggor merupakan sebuah taman untuk tiga jenis bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia dan spesis paku pakis yang wujud sejak zaman Jurassic.. kalu nak tau lagik..korank google jer..
 
Skang meh kite usyar gambor2 yang ade..Huhu..
 
 
antara papan tanda yang ada..

Halangan pertama :merentasi titian balak sebelum masuk hutan
Jambatan diperiksa sebelum direntas dengan berhati2,


Kerjasama berpasukan  amat diperlukan..halangan berjaya diharungi

Halangan kedua , menuruni lurah curam sebelum sampai di tapak perkemahanCangkul terpaksa diguna untuk memudahkan laluan jentera

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Mu Ya Allah.
Hijau Bumi Tuhan, Pemandangan indah jeram2 berdekatan tapak perkemahan



xtvt yang sangat ditunggu-tunggu..pancing...

tudia..hasil bumi yang segar..besor-besor yop..tiada pencemaran dijamin selamat

Malamnya..hasil pancingan menjadi korban..
kite bakor..kite bakor..!!

Hari terakhir : sebulat suara keputusan dibuat...pakat tarik jentera ngan tangan..tudia...dasyat..!!

Curam & lurah di 'krabati'..ehehe

Perjalanan pulang..jambatan direntasi dengan selamat..

Berkenang kenangan sebelum balik..

Monday, February 14, 2011

RIMBA ULU PAIP : Diluar Jangkaan, Meraih Penyertaan

Tarikh : 13/02/2011, AHAD
Sasaran Masa : 0800am - 1.00pm..
Berkumpul : Lata ULu Paip, Kulim, Kedah
Laluan : Ulu Paip - Karangan - Pahau - Hutan Simpan Gunung Bongsu - Ulu Paip

Salam Maulidurasul kepada semua geng, apa xtvt anda pagi ni, Ahad lepas kami layan lagi Trek Rimba Ulu Paip..Trek yang diklasifikasikan antara yang terbaek dan terganas di area Kulim ni menjadi idaman kami lagi..Rugi rasanya jika kami tak kongsikan kenikmatan trek ini bersama yang lain..  
Bagi riders yang pernah mencuba trek ini pastinya tahu dimana kenikmatan yg bakal ditempuhi..bagi yang belum mencuba, keinginan untuk merasai keperitan Uphill, keindahan view2 menarik di sepanjang laluan dan merasai kesegaran udara di puncak pencawang, juga yang pastinya keenakan Downhill yang melazatkan hinggalah menikmati kepuasan bermandi-manda di Lata ULu Paip..itulah yang sangat diidamkan..sungguh menyegarkan....sronookkkkkkkk...!!! 

Atas jemputan dan pengiklanan oleh saudara Chaon, sambutan betul2 diluar kotak pemikiran kami di SAT. Memang diluar jangkaan..Seramai 61 orang peserta dapat dikumpulkan pada kayuhan kali ni..udah macam mini jamboree la pulak..antaranya geng2 dari Team LLS, KS Cycle, Famili Megat, Gerek Bukit dan yang lain lagi..Mujurlah lokasi berkumpul menyediakan kemudahan parkir yang mencukupi dan juga boleh dikatakan selamat..
Happy Ride..itulah yg dapat kami katakan.. 
apa yg di bincangkan..

Team LLS..kalau tak silap laa
 
 Suasana di tapak pemunggahan

Regroup 1 : ada riders mngalami masalah teknikal.

 Uphill..kayuh, tolak, tunda
 
 Famili MTB

View2 menarik di sepanjang laluan
Di puncak idaman, puncak pencawang sebelum downhill yg amat menyelerakan

 Saudara Chaon banyak membantu dalam acara kali ni..tabik spring dari penulis untuk beliau..tak terlupa juga kepada Saudara Naset SAT yang membantu juga kepada semua yang menjayakan xtvt kayuhan kali ni..
Tahniah Semua

Saturday, February 5, 2011

Kembali Terjah Trek KTM 2010

                     Tarikh 5hb Febuari....walaupun ramai dari geng2 S.A.T ada aktiviti lain kayuhan tetap diteruskan.Kali ini kami bersama dengan geng Gerek Bukit,GB@Kul;im dan Team dari Permatang Pauh,kesemuanya seramai 17 riders.Batal trek Paya luas trek KTM2010 dijadikan trek pilihan pada pagi ini.Bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi.  

Ditapak permunggahan sebelum kayuhan bermula

CP 1...setelah layan uphill yang panjang


Di CP2....possing dulu








Meeting selepas tamat kayuhan...Trek pilihan pada 13hb adalah Rimba Ulu Paip
hasil dari perbincangan....