Sunday, February 20, 2011

4 X 4 : 3H2M di Temenggor

Oh..anok-anok tokleh meghaso mandi laok, 
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto, Kito usoho
Jauhke dari malapetako, Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak, Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio, Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo........
itu antara bait2 lagu Hijau nyayian Zainal Abidin..pasti korank tau kan..
sebenornye lagu nih takde kene mengene ngan entry kali nih ponk..
 
Dah lama aktivi 4X4 serta laporannya tak disiarkan...bukan merajuk atau menyepi..
tatapi masa & waktu yang menjadi halangan..? Setelah 2 minggu kuar dari hutan baru 
hari ni dapat disiapkan laporan kejadiannya..Kali ni ekplorasi 4X4 meneroka kembali, 
xpdc 3 hari 2 malam ni selamat dilaksanakan pada 5 hingga 7 Februari lepas 
di Hutan Temenggor.. korank tahu tak dimana HutanTemenggor, meh aku story cket.. 
 
Mungkin korank tidak berapa arif jika disebut "Hutan Temenggor" 
tetapi ramai yang kenal dengan nama Lembah Belum, Royal Belum atau Tasik Banding...
haaaaa tau kan..?
Hutan seluas 300,000 hektar itu merupakan satu "taman idaman" untuk para pencinta alam, 
kerana terdapat pelbagai flora dan fauna di situ. 
Mamalia yang hampir pupus seperti badak sumbu, gajah dan harimau belang boleh ditemui di situ, termasuk 10 spesis burung enggang yang jarang di jumpai. Bagi tumbuhan pula, Hutan Temenggor merupakan sebuah taman untuk tiga jenis bunga terbesar di dunia iaitu rafflesia dan spesis paku pakis yang wujud sejak zaman Jurassic.. kalu nak tau lagik..korank google jer..
 
Skang meh kite usyar gambor2 yang ade..Huhu..
 
 
antara papan tanda yang ada..

Halangan pertama :merentasi titian balak sebelum masuk hutan
Jambatan diperiksa sebelum direntas dengan berhati2,


Kerjasama berpasukan  amat diperlukan..halangan berjaya diharungi

Halangan kedua , menuruni lurah curam sebelum sampai di tapak perkemahanCangkul terpaksa diguna untuk memudahkan laluan jentera

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Mu Ya Allah.
Hijau Bumi Tuhan, Pemandangan indah jeram2 berdekatan tapak perkemahan



xtvt yang sangat ditunggu-tunggu..pancing...

tudia..hasil bumi yang segar..besor-besor yop..tiada pencemaran dijamin selamat

Malamnya..hasil pancingan menjadi korban..
kite bakor..kite bakor..!!

Hari terakhir : sebulat suara keputusan dibuat...pakat tarik jentera ngan tangan..tudia...dasyat..!!

Curam & lurah di 'krabati'..ehehe

Perjalanan pulang..jambatan direntasi dengan selamat..

Berkenang kenangan sebelum balik..

No comments:

Post a Comment