Wednesday, December 28, 2011

Jelajah 4X4 : Lasau, Gubir, Kedah

Tarikh : Ahad, 25 Disember 2011
Sempena cuti Hari Natal lepas... Cabang 4X4 Seluang Adventure Team kembali beraksi... Jelajah hutan Lasau, Gubir yang terletak di daerah Kula Nerang.... Trip kali ni agak mencabar dengan laluan yang terhidang agak sempit dan licin.. teknik pengendalian 4X4 yang betul dan aspek-aspek keselamatan serta penggunaan alatan 'survivor' dipraktikkan bagi mengurangkan risiko kerosakan. Pengurusan sikap putus asa, 'ego' dan lain-lain juga di terjemahkan..


Baki gambar yang ada dari kamera HP saja.. Kerosakan kamera akibat keadaan laluan yg begitu mencabar merosakkan gambar2 yang telah dirakamkan..

Monday, December 26, 2011

ROAD TO TEPENG

Dah lama rasanya kita tak tengok Unta & Badak Sumbu.. Tak silap zaman rempit dulu.. teringin bebenor.. Jom kita rempit ke Tepeng New Year ni.. Rempit ngan Gerek.. Amacam.


 Route : Lunas - Taiping - Lunas
Jarak : 160km
Tarikh : Isnin, 2hb Januari 2011
Masa : 6.30 pagi - 4.00 petang

Saturday, December 24, 2011

HAPPY RIDE @ KULIM 2011

Tarikh : 24 Disember 2011, Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 1.00petang
Lokasi : Padang Tembak, Kulim, Kedah
Anjuran : One Star MTB
Anggota SAT : Ariff, Chaon & Din.. yang lain tak dapat hadir disebabkan urusan lain & bertugas.

Suatu ketika dulu wabak ketagihan melampau untuk berkayuh menyerang.. Laa ni lebih parah.. banyak team pakat buat Fun Ride.. Kayuh ramai-ramai.. meriah sungguh.. Bagi kami di SAT ianya satu perkembangan yang baik.. Selain dapat kayuh beramai2 ianya juga dapat menjalinkan silaturrahim antara riders dari pelbagai kawasan. 

Sabtu lepas SAT tidak terlepas dengan menyertai HAPPY RIDE @ KULIM 2011 anjuran One Star MTB. Menariknya fun ride ni.. semua peserta di hidangkan dengan jamuan makan tengahari. Bestnya, peserta layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa hamper. Lagi best, bila ianya adalah PERCUMA... diulangi PERCUMA... apa lagi mau.. hahahaha.. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput SAT. Hempa Memang Best Lah..!!!
Bro Chaon..
Asyik mendengar taklimat sebelum kayuhan
Starting Point.. SAT bergaya dengan Jersey Fire X-Ride..ciiiwii nampak..haha
Bro Ariff.. power man

Din.. makin menggila Abang Kental ni..haha

Jamuan makan.. makan free memang puas hati..
Orang kuat One Star MTB, Saudara Latiff .. tahniah bro.
Cabutan bertuah untuk yang bertuah saja.. hehe


Friday, December 23, 2011

Fire X-Ride - Alor Gajah Jamboree

Salam Sejahtera & Salam Riadah kepada semua yang menyokong kami di Seluang Adventure Team ni.

Mesti ramai yang dok tunggu-tunggu mana dia repot Fire X-Ride ni. Takpa bawak bersabaq.. besa la ujung2 tahun ni byk benda nak kena buat.. nak audit la.. nak tutup akaun la.. nak kemaskini kira-kira la.. hihihi
Jamboree terakhir untuk tahun 2011 yang melakarkan pelbagai cerita sebelum kita melangkah ke tahun yang baru. Oleh itu hari ini, kami bentangkan kepada anda semua breakdown Jamboree Alor Gajah : Fire X-Ride 2011.
Nama Event : Fire X-Ride Jamboree 2011
Tempat : Alor Gajah, Melaka
Tarikh & Masa : 17 Disember 2011, 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Anjuran : Cycle X MTB Alor Gajah
Jumlah Penyertaan : 1200 perserta dari seluruh Malaysia
Penyertaan Ahli SAT : Paksu, Chaon, D-One, Ariff, Amir, Amin, Solahuddin
Dua buah kenderaan digunakan. Sebuah Hilux & sebuah MyVi. (terima kasih tuan empunya kenderaan)

16 DISEMBER 2011 : PERJALANAN KE ALOR GAJAH, MELAKA 
1.00 am : Bertolak dari kediaman Paksu di Sungai Seluang melalui Lebuh Raya Utara Selatan.
2.45 am : Singgah sat di Hentian Bukit Gantang. (buang apa yang patut) & teruskan perjalanan.
4.15 am : Berhenti di R&R tapah, berehat dan minum. Teruskan perjalanan 30minit kemudian.
6.00 am : Berhenti di R&R Sg. Buluh untuk Solat Subuh dan teruskan perjalanan.
7.15 am : Berhenti untuk bersarapan di R&R Seremban dan meneruskan perjalanan ke Alor Gajah.
8.30 am : Sampai di Homestay Penginapan di taman Kelemak jaya, Alor Gajah, Melaka.
12.45 pm : Solat Jumaat di Masjid Alor Gajah..indah sungguh senibina masjid ni.
2.30 pm : Ambil Goodies di dataran Keris, Alor Gajah 
3.00 pm : Ronda2 tempat bersejarah & menarik di Bandar Melaka.
8.30 pm : Makan Malam di Pekan Alor Gajah. Cuaca Hujan.. Niat nak kayuh malam tu terbantut. lastly balik rumah tidoq laa.

17 DISEMBER 2011 : HARI EVENT : FIRE X-RIDE JAMBOREE
5.30 am : sorang demi sorang bangun siap2 nak kayuh.. semua nampak bersemangat pagi ni.
6.30 am : bergerak ke lokasi event di Dataran Keris. kami antara yang terawai sampai.
7.15 am : mula berkumpul di starting point. Herannya kali ni kami berada di kelompok hadapan tak seperti sebelum2 ni. ini bagus,
8.00 am : Flag Off- semua pakat pecut dan terus memecut. Paksu, Chaon, Ariff & Din awai2 dah kedepan.. hilang macam tu ja.. kuat betoi depa.. D-One (pelapor), Amin & Amir macam biasa.. kayuh ala-ala santai gitu..haha. 
11.30 am : Alhamdulillah semua sampai dalam masa yang dihadkan dan selamat habiskan kayuhan tanpa sebarang kecederaan.
1.00 pm : Cabutan bertuah.. malangnya nasib memang takda tuah kali ni.. grand prize dapat kat orang lain.
6.00 pm : Chaon, Din & Amin berangkat pulang ke Utara.. esok pagi dah bertugas. Ariff, Paksu, D-One, Amir pulang ke utara keesokan harinya.

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah trek kat Melaka ni takda laa teruk sangat .. single trek, uphill, downhill, onroad offroad, redah paya, naik jejantas.. taklah berbahay kepada riders .. rasanya semua riders leh kayuh.. len laa klu dah jem..pakat tolak.. yg belakang pon tolak laa.. tapi walaupun trek ni tak berbahaya.. dikhabarkan ada jugak eksiden2 yang berlaku .. uphill pon tungging.. down hill pon gilek.. masuk paya pon jatuh... kat finishing pun ada yang kebabom .. Finishing line tu memang tak sesuai sangat la buat lencongan camtu..dah laa sempit..bahaya2.Amatklah menghampakan bila banyak riders yang merungut CP kehabisan air.. yang ni betoi2 tak leh terima. Harus diambil perhatian oleh penganjur. Anyway, secara totalnya event ni berjaya.
 Last sekali .. tahniah kepada Paksu yg dapat rangking top 100 dan syabas semua wakil2 SAT yang join event ni.. Korang memang sempoilah. 

Nota : Lepas ni kita pakat buat Jersey ..baru nampak hebat.. haha

Sunday, December 11, 2011

Kayuh Lasak 2011

Tarikh : 4 Disember2011
Tempat : Kompleks Sukan Balik Pulau, Penang
Anjuran : Knights of The Round Table (KOTRT)
Ahli SAT : Chaon, Paksu, D-One, Syahrul.




Tuesday, November 22, 2011

Tips Penggunaan & Pemilihan Tayar Kereta

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan. 


Understanding Tyre Sidewall Markings

1. Tyre Size Designation
On all 4x4 tyres there will be an LT in front of the tyre size if the tyre is of a reinforced construction. LT means light truck (reinforced). If there is a 'P' or no lettering at all, then it will be a Passenger tyre type. We strongly recommend fitting the same type of tyre on all four corners of the vehicle, fitting different types of tyre on the same vehicle can cause issues with the vehicles handling characteristics. The ‘235’ is the nominal width of the tyres cross section in millimetres. The ‘85’ is the ‘aspect ratio’ - the ratio of the side wall height to the cross-section width. The ‘R’ stands for radial-ply construction. The ‘16’ stands for diameter (in inches) of the wheel that the tyre is designed to fit. Always ensure that the tyre fitted has the correct or higher load/speed rating as specified for the vehicle. It is not recommended to mix tyres with different load/speed ratings on the same axle. 2. Indicates exterior sidewall on asymetric tyres for fitting purposes.
3. Load Pressure Information
(Not required in the UK).

4. Brand Name 5. Tyre Construction Details
(Not required in the UK).
6. European ECE Type
Approval mark number.
7. Load Capacity Index
Shows the maximum weight the tyre can carry at the speed indicated by its speed rating.
8. Speed Category Symbol
A letter which indicates the speed at which the tyre can carry the load corresponding to the Load Capacity Index. Common speed ratings are ‘Q’,’S’, ‘T’, ‘H’, ‘V’, ‘W’ ‘Y’, and ‘Z’.
9. Country of Manufacturer
10. Commercial Name & Identity
11. Location of Tread Wear Indicators
(Markings not on all tyres) Tread wear indicators moulded into the base of the the tread are set at the minimum legal depth of 1.6mm.

Sekadar untuk pengetahuan..jgn pakai tayar second hand / tamat tempoh ye.. Bahaye..

Saturday, November 19, 2011

SAT 4X4 : Hi-Lift Jack

Salam All.. lama betoi tak story hal2 berkaitan 4wd neh.. asyik2 Mountainbike jer.. 2-3 hari lepas reporter singgah sat di Takumie workshop.. lama tak buat pit-stop kat sana.. hari tu tergerak hati nak singgah.. saja nak cari story2 baru.. memang kena ngan masa sampai ja reporter kat sana Mr Takumie tengah buat sesuatu kat jentera 4WD beliau.. wow..!! ada equipment baru.. dan dengan ini dipersembahkan... barang panas dengan bau kedai belum hilang lagi.. tadaaaaaaaaaaa 


Tudia .. custom bumper, sendiri bikin.. dan barang panas, masih ada bau kedai .. Hi-Lift Jack.. haha
Bumper siap dicat.. sendiri bikin lebih jimat.. hehehe
Coz camtu, hari ni nak kongsi sikit info kat you all pasai benda Allah ni... satu alat neh yang di beri nama 'Hi-Lift jack.. Antara alat yang sangat penting bagi sebuah kenderaan pacuan 4 roda tatkala nak masuk offroad selain dari winch.. dah kebetulan Takumie baru memilikinya.. so reporter cari lah sikit maklumat pasai equipment yang sempoi neh.. Disini ada beberapa video pasai Hi-Lift jack ni.

 Introducing... the NEW First Responder Jack by Hi-Lift

Protect Your Hi-Lift Jack for Years to Come with These Maintenance Tips from 4 Wheel Parts

 


Nanti lagi berita-berita terkini dari SAT 4X4...  tunggu..........

Friday, November 18, 2011

SAT Reverse Trek Poli

Tarikh : 13 November 2011
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Bukit 3M, Kulim
Ahli SAT Yang Join : Paksu, Shidee, D-One, Chaon, Din.. turut hadir Tkang karut N Geng..

 lagi gambaq menarik sila klik kat sini Shahrul AzniSulaiman & Roshidi Mahmood




mula off road ngan donhill.. pakat amik turn laa



SAT di BM Jamboree 2011

Ini adalah siaran tertunda.. puas ditunda sampai kena tarik siap di 'toi' baru nak kuar..hahaha

Tarikh : 16 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Bukit Mertajam, Penang
Ahli SAT Yang Join : Syahrul, Paksu, Shidee & Geng2 Pmtg Pauh serta Tukang Karut Geng.. hahaha.
Ahli SAT turut hadir memberi sokongan moral : Naset, Chaon, D-One..sokongan moral memde pi pon time org dah habih kayuh.haha

Siaran tertunda yang sangat-sangat lah..
Penyertaan para riders SAt hanyalah beberapa kerat saja.. ini kerna masa dan tarikh event ni yang tidak menepati dan sejajar dengan masa yg terluang oleh para riders.. walaubagaimanapon SAT tetap menghantar wakil bagi memeriahkan lagi acara ni.. terbukti memang majlis ni meriah sungguh (pelapor mengatakan ianya meriah hasil dari pemerhatian pelapor sendiri semasa kehadiran pelapor di tapak event.. aku sampai pon dah nak cabut hadiah pon).. credit to chaon for the picture

startin point..
syahrul izam.. makin power mamat ni..
Paksu... kehebatannya kini dikagumi..
gambar kontroversi.. kehebatannya diragui dek kerna photo ni.. isk3..haha


finishing point.. bro yusof, paksu, bro arip
Chaon hadir untuk memberi sokongan walaupon tak kayuh.. syabas jua untuk beliau
bukan main suka chaon.. apa yg di storykan tu..
apapon sekalung tahniah kepada riders SAT yg turut menyertai event ni serta ahli2 lain yg datang memberi sokongan walaupon tak kayuh.... 

Skodeng SAT 1 : Training di Trek Pilihan

Chaon aka KapkunKap.. slalu training sini
Bukit To'kun & Bukit Langkap adalah Trek pilihan bagi rider2 SAT untuk sesi latihan mingguan. Kebanyakkan ahli Sat yg aktif berkayuh bekerja mengikut syif.. so masa untuk berkayuh di hujung minggu sangatlah tidak beberapa mengizinkan.. Oleh itu pemilihan Bukit To'kun memang sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa.. nak balik awai.. tolong bini masak.. kot ada hal nak buat ditengah hari.. ni lah treknya.. tiada kekotoran.. yg pasti bini pon tak marah.. bagi yang kerja syif malam balik pepagi bleh bawak beskal siap2 pi kerja.. time balik lajak terus ke sini..


...........................................................................................................

Tarikh : 27 September 2011
Masa : 8.30 pagi
Trek Pilihan : Bukit To'kun, Bukit Mertajam, Penang
Ahli SAT Yang Hadir : Chaon, Syahrul, Din.



.........................................................................................................................................

Tarikh : 05 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi
Trek Pilihan : Bukit To'kun, Bukit Mertajam, Penang
Ahli SAT Yang Hadir : Chaon, Syahrul, D-One & Abg Jeff


 
 
View yang begitu indah dari pelantar Bukit Tokun.. di kejauhan boleh nampak Mengkuang Dam.
..................................................................................................................................................... 
Tarikh : 11 Oktober 2011
Masa : 8.30 pagi
Trek Pilihan : Langkap, Bukit Mertajam, Penang
Ahli SAT Yang Hadir : D-One, Chaon, Syahrul, Din.

Hari ni plan asainya jam 8 setengah tapi disebabkan janji melayu kayuhan bermula agak lewat.. giler jam 9 suku baru mau kayuh.. naseb baik cuaca lembab, berkabus.. so taklaa panas sangat..

awat pulak tu..