Tuesday, May 8, 2012

Sungai Acheh Fun Ride

Tarikh : SAT + Conti Riders + Perwaja MTB
Riders : Chaon, Din, D-One, Amin,
Anjuran : Ilmu Bike Club

Program kayuhan bersempena Program Gen Y, Parlimen Nibong Tebal. Kayuhan santai yang melalui laluan landai sekitar kawasan Sungai Acheh menarik penyertaan seramai 700 orang peserta dari pelbagai usia. 













Layan Trek Gurun bersama Conti Riders & Perwaja MTB

Tarikh : 18 Februari 2012
Riders : SAT + Conti Riders + Perwaja MTB
Trek : Sekitar Kawasan Gurun













Terjah Trek BM Jamboree bersama Conti Riders

Tarikh : 12 Februari 2012
Riders : Chaon,  Paksu, Din, Amir, dan rakan2 dari Conti Rides


Gunung Jerai Menawan - Januari 2012

Tarikh : Januari 2012
Riders : Chaon,  Paksu, Din, Amir, Shahidan Conti






Friday, February 3, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


SALAM MAULIDUR RASUL WALAU DIMANA SAJA KALIAN BERADA....
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SYAFAAT DARINYA...
PERBANYAKKAN SELAWAT TAK KIRA BILA DAN DIMANA KITA BERADA...

Wednesday, January 4, 2012

Terjah SAT : Pepetang di Takumie Workshop

Makin hari makin maju aku tengok bengkel kereta milik Rozaimie aka Mie yang juga ahli Seluang Adventure Team ni..
Makin maju Takumie workshop.. tiap2 hari penuh keta masuk.
Ini bukan pelarian ya.. Tauke San & Ir Naset dengan menu petang mereka


Paksu juga menumpang kasih
Lirikan manja dari Tauke Besi... sapa mau bt grill pintu/tingkap cari dia
Perkhidmatan tunda kereta juga disediakan
Jentera Yamaha TTR250 milik Pak Lang.. antara Motorcross geng SAT
Abg Mat melakukan sesuatu dengan Honda Baja 250 beliau
CR250 milik Amran
Lazimnya setiap petang ahli SAT berkumpul di Takumie Workshop. Balik kerja terus lepak2 disini.. ada saja agenda & cerita yang dikongsikan sambil minum petang di Restoran Era Tomyam yang terletak bersebelah bengkel.

Monday, January 2, 2012

La Tua de Tepeng 2011

Tarikh : 31 Disember 2011, Sabtu
Laluan : Lunas - Sungai Tengas - Selama - Kubu Gajah - Pondok Tanjung - Kamunting - Taiping.
Jarak Kayuhan : 90 KM
Mula Kayuhan : 9.05 pagi / Kampung Sungai Seluang, Lunas Kedah
Tamat Kayuhan : 2.15 petang / Taman Tasek Taiping, Perak
Pengayuh : Chaon, D-One, Paksu, Din, Firdaus, Jamal & 2 pemandu jemputan Idzlan & Afendi.

Plan kayuhan ke taiping berjaya sudah. Dah lama plan kayuhan ni di utarakan tapi masa tak mengizinkan. kali ni ianya berjaya dilaksanakan. Walaupon ada antara Geng SAT yang tak dapat join, tapi dengan kehadiran 2 'muka baru' sudah cukup untuk merangsang semangat. Kayuhan dimulakan di Sungai Seluang dengan memilih laluan Kulim Hitech Park sebelum melalui Jalan sungai Ular dan berenti seketika di Batu 10 Terap. Minum pagi dulu.. Kemudian kayuhan diteruskan dengan melalui Sungai Tengas. Di KM 31 Jamal tarik diri.. naik pikup.. Yang lain teruskan kayuhan ke Selama dan rehat sebentar di Kubu Gajah. Pekena Mee Rebus dulu. Penuh perot ngan mee, di KM 40 Firdaus pulak surender.. lambung naik pikup.. Tinggal 4 riders teruskan kayuhan dan rest sekejap di Pondok Tanjung. Cas bateri bagi penuh, continue kayuhan.. D-One tertinggai di belakang, lambung naik pikup. Firdaus & D-One join kayuh semula di ISA Kamunting dan semua selamat sampai Taman Tasek Taiping sekitar 2.15 petang.

8.45pagi tak siap punggah lagi

kat area MSU UniKl..semua kental lagi..

area Sungai Tengas-Kuala Selama
Idzlan mengiklan buahnya.. tak bleh tahan..
kawasan Selama.. masih dalam group
Pekena Mee Rebus di Kubu Gajah.. empoiii ooo
di Taman Tasek Taiping.. berjaya akhirnya
acara yang pagi sempoi.. makan durian beramai-ramai. memang terbaek.
Overall kayuhan kali ni memang sempoi & terbaek. Terima kasih kepada penyumbang2 baik dari segi pengangkutan, makanan, tenaga, dan sebagainya. Kepada drebar Idzlan & Afendi terima kasih.. next time u all kayuh pulak.. Lastly korank semua memang Empoi oooooooo... hahaha