Monday, October 25, 2010

Menikmati keindahan D'Bukit Lengkok

Tersebut lah kisah satu hari terjahan trek yang telah pun menjadi laluan MTB challenge 2 minggu yang lepas.Hari ini tarikh 24/10/2010 satu perjumpaan yang bermula dari jam 0730am sehingga 0840am sebelum kayuhan bermula.Sorang demi sorang yang datang dan akhirnya terkumpul lah sejumlah 46 riders....diantaranya adalah team S.A.T yang menhantar wakil seramai 7 riders kesemuanya.Wakil S.A.T kali ini adalah Naset,D-One,Syarul,PakSu,Muli,Mat dan Chaon.Bersama2 kami jugak diatas perancangan awal adalah wakil dari Permatang Rawa iaitu Arip,Jeff,Ali,Apit dan Bro Am.....Din Permatang Pauh dan Farid juga hadir untuk memeriahkan majlis hari ini.Layan la beberapa photo yang sempat di jadikan kenangan
riders yg terlibat kali ni...gempak siot

view dari puncak bukit...




Orang kuat dari Team S.A.T ( PakSu )
Check point 1 selepas berhempas pulas mendaki...
menunggu rakan2 yang tertinggal


3 sahabat yang sentiasa bersama dgn team S.A.T bila
ada plan kayuhan hujung minggu

Susah sungguh nak snap gambar beliau....mcm2 hal jadi kat camera
cap ayam aku,Saudara Syarul
Rider yang hanya mengunakan speed 6 untuk pendakian
Memang hebat Tuan Muli ni

Yang depan tu D-One dan yang belakang tu Mat




Pameran gerek specialist dari uncle BBMTH

Naset melepaskan marah pada jantung pisang yang tibai helmetnya
semasa sessi downhill....Ulam jantung pisang jadi sasaran

Friday, October 22, 2010

SKUADRON SAT MOTOCROSS MENGGEGAR DI LATA CERMIN

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..Apa cerita kali ni..? aku ada story nak mory ka korang neh..tapi entah ler boleh ke tak aku tulis panjang-panjang memandangkan aku amatlah cibuk di tika dan saat ini..cewah..walaupon aku sedemikian, tatapi aku mempaksakan diri jua..demi korang la..yertak..korang mesti eXcited nk tau apa plak perkembangan dan xtvt kami di SAT ni kan..kan..kan..?..actually 'berita tertunda' ni aku tak menjoinkan diri pon walau barang sesaat..ni yang den ponin palo ni eh, nak cito apo nyo, den tak poei pon xpdc ni..ah..masalah negaro ni..sampai ke Soromban lak den..aduyai...tapi oleh kerna tanggungjawab diberikan kpd aku utk menghandle urusan 'penerbitan & penyiaran' ni maka aku akan pastikan sebarang cerita dan berita pasti akan tersiar dengan mengikut suka hati aku.(kalu abih segan pon aku siarkan gambar2 tanpa karutan pon ok kan..ehe) OK, berbalik kepada cerita yg nak disampaikan, pada tarikh 16 Oktober 2010, Sabtu. yang lalu 'Skuadron SAT Motocross' bergabung bersama geng Sg. Kob MotoCross..kira2 10 org perempit merempit ke satu destinasi tumpuan kaki -kaki 4x4 & Motocross di  Kawasan Grik nun, yakni Lata Cermin namanya..(lata ni pon den tak ponah poei..camno nih..huhu)...macam besa lah..kalu dah merempit dalam utan nih macam2 la kejadian yang berlaku..nek bukit, turun bukit, lompat sana sini, cross sungai, cross titi, ada yg jatuh ada yg bangun (dah jatuh bangun la, yertak..cap ayam punya ayat..apara)..meriah giler..lutong pon leh jatuh pokok dengan bunyi eksoz yg sungguh mengayat hati sanubari tu..menggegar dunia...mcm lagu adam & stacy tuh..Xpdc kali ni bertambah meriah pabila kedatangan kami di sambut dengan geng Motocross dari Taiping & Baling yang sampai lebih awal...pergh kenderaan depa nih betoi2 ho liau woo..okey oleh kerna masa pon mencemburui aku..korang tengoklah gambar2 yg ada..kalu rajin korang buat karangan sendiri berdasarkan gambar2 tu..pastu hantar kat cikgu Bahasa Melayu  okey...ehe
Bahan tunggangan ..pergh..ho liau

Acara Redah Sungai..ada beran..skill yg tinggi utk mengawal motor dari terbalik amat diperlukan.. 
 Semangat berpasukan..apa yang penting kerja sama..
utk mengatasi sebarang halangan teamwork menjadi keutamaan..

feet note : kot ada apa2 komen & cadangan korang komen2 ler yer..

Tuesday, October 19, 2010

Campaign For A Lane 2nd Edition 2010

Salam sejahtera sekalian anda semua yang menigkuti perkembangan semasa & aktiviti2 kami di Seluang Adventure Team nih..Maka, tersebut lah kesah yang agak terlewat dipaparkan kerna kesibukan tugasan harian serta 'ketidak clearan berokben' penulis yang mmg menjadi tanda tanya senantara pelusuk jajahan Tanjong Tokong ni, dikesahkan pada pagi Ahad, tanggal 17 Oktober 2010 kemarin, maka berlangsunglah majlis Kayuhan Beramai-ramai Pusing Pulau yakni 'Kempen Untuk Lorong Edisi Ke-2' atau dipopularkan dengan nama 'Campaign For A Lane 2nd Edition' dengan begitu meriah dan sukahatinya para peserta sekaliannya.. Maka dengan itu jualah Seluang Adventure Team (S.A.T) menghantar beberapa orang hulubalang untuk menyertai majlis berkenaan.. Menurut sumber  & pemerhatian penulis (penulis hanya mampu menghadirkan diri di titik penamat sekitar 10pagi) Paksu tiba seawal 10pagi diikuti saudara Mulli dan Shidee..Diberitakan juga saudara Syahrul hampir tewas di pertengahan jalan..namum atas desakan dan suntikan semangat dari Chaon maka beliau menggagahi jua kayuhan hingga ke titik penghasiban walaupon terlewat dari masa yang dihadkan..Walaubagaimanapon tahniah kepada semua wakil2 SAT yang berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat..

nota kuku : Sekalung Tahniah kepada pihak penganjur dalam menjayakan CFAL2010 nie..

Sunday, October 10, 2010

Reverse Trek Geli-Geli

Tarikh : 9 Oktober 2010, Sabtu
Masa : 7.30pagi (ikut jam Takumie Workshop..hehe)
Destinasi : Trek Sg Seluang aka "Trek Geli-Geli"
Geng : Chaon, Mat B, Amir, Syarul, PakSu
Turut Serta : Shidee Conti & Ariff KSCycle

Salam Ceria kepada semua...Ceria2kan diri anda walau dimana anda berada..kerna jika anda ceria saya pon ceria...okey..Pada tarikh berikut Geng SAT dan 2 rakan lain melaksanakan rutin kayuhan mingguan sekitar Sg Seluang saja..yakni 'Trek Geli-Geli"..mengapa dimanakan sedemikian..? apakah yg menyebabkan 'kegelian' tersebut..? (tunggu paparan khas asal usul 'trek geli-geli')..Dikabarkan pemilihan trek kayuhan ni adalah berdasarkan permintaan Chaon dimana beliau dah lama tak 'menerjah' trek utama Geng SAT nih..Keadaan cuaca yg agak lembab juga dikatakan faktor utama pemilihan trek nih..(musim ujan bang..layan kayuh dekat2 umah dah le..keke)..Bukan seperti kebiasaan...kayuhan kali ni agak 'mencabar minda' kerana setiap Geng perlu menjawab beberapa soalan Matematik Kertas 2 dari PMR 2010 sebelum dibenarkan melakukan aksi 'DonHell'..pergh..mencabar giler...tadak aih melawak jer....mencabar pasai depa 'reverse trek'...donhell panjang di jadikan uphell panjang..bleh gagah la jugak..seperti kata Chaon.."apa2 pun tak kira trek mana pun setiap kayuhan ada kepuasan yang tersendiri"....yeh..

Thursday, October 7, 2010

Persediaan Jamboree agaknya???

Melawat Takumie petang khamis....rupanya ada lagi operasi upgrade gerek dilakukan....makin mantap ni ni ahli2 S.A.T....Siapa punya Gerek yer kali ni???Nak tau siapa punya mai join kayuh sabtu atau ahad ni..Ada juga kedengaran plan untuk perkhemahan di Mahang yang akan dibuat pada 24/10/2010...tunggu pengumuman nya nanti....dengar cerita motorcross dan 4X4 akan bergabung.


Tuesday, October 5, 2010

Kisah Klasik Tok Tontonan

Sedang penulis lepak2..geledah2 fail2 yg ada...penulis terjumpa video 'klasik' ni...Video ni dirakamkan pada 3 Januari 2010..lokasi kayuhan adalah di kawasan Mahang, Kulim Kedah..kalau tak salah nilah kayuhan offroad pertama yang disertai oleh Penulis..Trek laluan bagi jentera kerja2 pembalakan ni juga terkenal dikalangan kaki2 4x4 dan motocross..
dimuatnaik oleh : D-One

Friday, October 1, 2010

ULU MAHANG

Tarikh : 4 Januari 2010...Jurukamera : Fauzi Wahab aka Pak Tam Kecik
Lokasi menarik yg pernah dikunjungi geng SAT...nyamaaaaaaaaaaaaaaaaaannn jer...

Singgah SAT di Takumie Workshop

Tarikh : 30 sept 2010
Wartawan : Shahrul Azni Sulaiman (Chaon SAT)

Semalam petang singgah sat di Takumie aka 'Pejabat Operasi SAT'..dpt la bahan2 utk entry kali ni..Seperti kebiasaan, setiap petang geng SAT melepak di Takumie. Pendek kata asal melepak mesti kat Takumie..asal kat Takumie melepak lah tu... Ada saja kesah yg dibincangkan. serta xtvt yg dijalankan..ptg ni ramai pulak geng yg ada..meriah sakan la..kecoh2..Sambil dok borak2, ada plak geng nk upgrade beskal..acara berbalas pantun pon bermulalah..akhirnya operasi upgrade dimulakan....so layan ler beberapa photo yg sempat di 'cekop'.

Mr.Takumie.....Ya ini lah dia orang yang punya workshop (tuan tanah kedaung).Semua aktiviti lasak dia bedal MTB,Motorcross dan 4X4.MTB lama dah tak join.....tunggu........

Operasi upgrade gerek...kelihatan Mat,Kie dan Naset

2 gerek yang terlibat dalam operasi ini....gerek paksu dan Naset...kelibat Amir pon ada...


Ini la jentera Apongan (drift car)yang mendapat khidmat kedoctoran dari Takumie Workshop
Setiap ahad akan test power di Batu Kawan Trek

Nota kaki : Depa dah upgrade...agaknya wartawan kita bila pulak yer...kita tya beliau nanti....terjah tetap terjah...yearghhh

SERAK TAHI XPDC

Entry kali ni penulis siarkan juga xtvt bulan Ogos yg lalu...mungkin pembaca terpana dengan 'title' kali ni...SERAK TAHI...ya iti lah nama tempat yg ditujui..pelik tapi benar..
Tarikh : 7 Ogos 2010
Lokasi : Serak Taik, Grik Perak





XPDC Motocross Bersama 4x4 Royal Belum

Lagi xtvt sebelum ini yang disertai oleh geng SAT bersama penggiat2 xtvt adventure sekitar Kulim
Tarikh : 10 JUlai 2010
Lokasi : Royal Belum ,Perak