Tuesday, October 19, 2010

Campaign For A Lane 2nd Edition 2010

Salam sejahtera sekalian anda semua yang menigkuti perkembangan semasa & aktiviti2 kami di Seluang Adventure Team nih..Maka, tersebut lah kesah yang agak terlewat dipaparkan kerna kesibukan tugasan harian serta 'ketidak clearan berokben' penulis yang mmg menjadi tanda tanya senantara pelusuk jajahan Tanjong Tokong ni, dikesahkan pada pagi Ahad, tanggal 17 Oktober 2010 kemarin, maka berlangsunglah majlis Kayuhan Beramai-ramai Pusing Pulau yakni 'Kempen Untuk Lorong Edisi Ke-2' atau dipopularkan dengan nama 'Campaign For A Lane 2nd Edition' dengan begitu meriah dan sukahatinya para peserta sekaliannya.. Maka dengan itu jualah Seluang Adventure Team (S.A.T) menghantar beberapa orang hulubalang untuk menyertai majlis berkenaan.. Menurut sumber  & pemerhatian penulis (penulis hanya mampu menghadirkan diri di titik penamat sekitar 10pagi) Paksu tiba seawal 10pagi diikuti saudara Mulli dan Shidee..Diberitakan juga saudara Syahrul hampir tewas di pertengahan jalan..namum atas desakan dan suntikan semangat dari Chaon maka beliau menggagahi jua kayuhan hingga ke titik penghasiban walaupon terlewat dari masa yang dihadkan..Walaubagaimanapon tahniah kepada semua wakil2 SAT yang berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat..

nota kuku : Sekalung Tahniah kepada pihak penganjur dalam menjayakan CFAL2010 nie..

No comments:

Post a Comment