Friday, September 9, 2011

SERANGAN JANTUNG KE ATAS ANGGOTA SAT

Mangsa : Nasir bin Che hat aka Naset
Umur : 29 Tahun
Bangsa : Melayu
Pada masa entry ini di tulis beliau sudah selamat di beri rawatan. Dalam erti kata lainnya beliau kembali pulih seperti sedia kala. (berkemungkinan masa ni beliau sudah dibenarkan pulang).

Minggu ini kita dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan yang berlaku ke atas sahabat kita Saudara Nasir aka Naset akibat menghadapi serangan jantung. Ramai yang tidak percaya jejaka kacak serta aktif dalam xtvt lasak berumur 29 tahun ini mengalami serangan jantung dalam usia yg begitu muda..

Menurut cerita beliau semasa penulis melawat di KPJ Bukit Mertajam kemarin, tanda-tanda serangan itu berlaku secara tiba-tiba di Takumie Workshop tatkala beliau hendak menjamah makanan tengahari.. Beliau merasakan kesakitan yg teramat di bahagian dada dan muntah-muntah serta muka bertukar kebiruan kerana kekurangan oksigen dalam badan. Berikutan kejadian itu beliau dikejarkan ke Hospital Besar Kulim ( rawatan di Hospital Kerajaan memang lambat..kena tunggu turn laa ) oleh Tauke Takumie dan ditukarkan ke KPJ Bukit Mertajam untuk tindakan segera ( ada insuran baru boleh la.. kalu tak teruk nak bayar)..

Serangan jantung ini berlaku kerana 2 salur darah arteri koronari dalam jantung beliau masing- masing tersumbat 95% dan 80%. Ini mengakibatkan darah beroksigen gagal di pam kejantung. Menurut doktor keadaan ini boleh menyebabkan jantung mengalami kerosakan dan pesakit berisiko tinggi untuk maut.. Namun begitu, setelah 3 hari di masukkan di ICU, ALHAMDULILLAH.. beliau selamat dirawat dan di 'proses'.. Syukur ke hadrat Ilahi kerna beliau masih lagi diberi 'peluang ke-2' untuk meneruskan hidup.. 
gambaran salur arteri koronari yang tersumbat

"Aku mengalami trauma yang sangat teruk sehingga hilang kenyakinan diri bila lihat sendiri ketika berada dalam ICU di mana bila pesakit yang di depan dan di tepi katil sudah tak dapat diselamatkan disebakan masalah jantung gagal berfungsi serta tak dapat dirawat lagi." Nasir Che Hat

Kepada rakan-rakan yang sihat, kita masih ada pilihan dalam kesihatan kita.. jadi renung-renungkan lah masa depan kesihatan kita.. Apakah 5-10 tahun akan datang kita pasti, tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????
Cuba fikir sejenak... di kalangan rakan-rakan, saudara mara kita  yang berumur 35 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di sebut.. Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan (Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan.
 
Serangan jantung dan strok adalah pembunuh senyap yang berpunca dari saluran darah yang tersumbat. Tiada orang yang meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi dan kencing manis tapi mereka meninggal kerana kerosakan organ yang gagal berfungsi atas sebab komplikasi dari penyakit itu"
  
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"



Disini penulis senaraikan 6 langkah mencegah serangan jantung 
  1. Berhenti merokok (jangan cuba-cuba dah.. tapi berhenti terus)
  2. Amalkan pemakanan sihat (nasi kandaq, sup ekoq, sup ekoq, elakkan.. makan sayur & buah byk2)
  3. Bersenam ( seminggu kayuh 100km. paling koman pon lari dalam guni pon jadi. ehehe)
  4. Elak dan Kawal Tekanan @ stress ( kalu stress jom pi mancing atau pon kayuh)
  5. Berfikiran Positif dan bermotivasi ( positif thinking, jgn dok pikir benda jahat sangat..pikir benda baik2 dah)
  6. Pemeriksaan Kesihatan / medical checkup ( ramai yg takut nak buat.. muka ganas tapi jarum pon takut..chait)
  7. Lastly.. Berdoa (mesti minta doa kat Allah.. minta diberi kesihatan.. baru okey..)
Untuk sahabat sahabat di luar sana jaga lah dan utamakan kesihatan anda. Mati Itu Pasti.. tetapi kita mesti menjaga amanah dari Allah untuk menjaga tubuh badan ini.. Adalah lebih baik kita "mencegah" daripada mengubati.. wasalam

Thursday, September 1, 2011

PENGUMUMAN : KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH 2011

KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH 2011

TARIKH : 01 OKTOBER 2011
TEMPAT : BALAI POS SUNGAI KOROK, MUKIM JERLUN, KEDAH D.A
FLAG OFF : 8.00 PAGI
YURAN : RM10-00 SAHAJA

Format Kayuhan : Fun Ride on road melalui kawasan Jerlun
Terbuka kepada semua jenis basikal samaada MTB, Fixie, Mini, Foldable,road dan sebagainya.

OBJEKTIF KAYUHAN
-Memperkenalkan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti yang sihat
-Memperkenalkan Jerlun sebagai salah satu kawasan yang penting di Kedah

BORANG KAYUHAN
Klik imej untuk tumbesaran