Mangsa : Nasir bin Che hat aka Naset
Umur : 29 Tahun
Bangsa : Melayu
Pada masa entry ini di tulis beliau sudah selamat di beri rawatan. Dalam  erti kata lainnya beliau kembali pulih seperti sedia kala.  (berkemungkinan masa ni beliau sudah dibenarkan pulang).
Minggu ini kita dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan yang berlaku ke atas sahabat kita Saudara Nasir aka Naset akibat menghadapi serangan jantung. Ramai yang tidak percaya jejaka kacak serta aktif dalam xtvt lasak berumur 29 tahun ini mengalami serangan jantung dalam usia yg begitu muda.. 
Menurut cerita beliau semasa penulis melawat di KPJ Bukit Mertajam kemarin, tanda-tanda serangan itu berlaku secara tiba-tiba di Takumie Workshop tatkala beliau hendak menjamah makanan tengahari.. Beliau merasakan kesakitan yg teramat di bahagian dada dan muntah-muntah serta muka bertukar kebiruan kerana kekurangan oksigen dalam badan. Berikutan kejadian itu beliau dikejarkan ke Hospital Besar Kulim ( rawatan di Hospital Kerajaan memang lambat..kena tunggu turn laa ) oleh Tauke Takumie dan ditukarkan ke KPJ Bukit Mertajam untuk tindakan segera ( ada insuran baru boleh la.. kalu tak teruk nak bayar).. 
Serangan jantung ini berlaku kerana 2 salur darah arteri koronari dalam jantung beliau masing- masing tersumbat 95% dan 80%. Ini mengakibatkan darah beroksigen gagal di pam kejantung. Menurut doktor keadaan ini boleh menyebabkan jantung mengalami kerosakan dan pesakit berisiko tinggi untuk maut.. Namun begitu, setelah 3 hari di masukkan di ICU, ALHAMDULILLAH.. beliau selamat dirawat dan di 'proses'.. Syukur ke hadrat Ilahi kerna beliau masih lagi diberi 'peluang ke-2' untuk meneruskan hidup.. 
![]()  | 
| gambaran salur arteri koronari yang tersumbat | 
"Aku  mengalami trauma yang  sangat teruk sehingga hilang kenyakinan diri  bila lihat sendiri  ketika berada dalam ICU di mana bila pesakit yang di  depan dan di  tepi katil sudah tak dapat diselamatkan disebakan masalah  jantung gagal berfungsi serta tak dapat dirawat lagi." Nasir Che Hat
Kepada rakan-rakan yang sihat, kita masih ada pilihan dalam kesihatan kita.. jadi renung-renungkan lah masa depan kesihatan kita.. Apakah 5-10 tahun akan datang kita pasti,  tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing  manis????
Cuba fikir sejenak... di kalangan rakan-rakan, saudara mara kita yang berumur 35 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di sebut.. Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan (Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan.
Cuba fikir sejenak... di kalangan rakan-rakan, saudara mara kita yang berumur 35 ke atas, hanya berapa orang yang bebas dari penyakit seperti di sebut.. Hampir separuh daripada semua kematian akibat serangan jantung berlaku semasa serangan yang pertama dan sebelum rawatan dapat dimulakan (Tak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana menganggap diri sihat). Oleh itu, pencegahan adalah suatu perkara yang mesti dilakukan.
Serangan  jantung dan strok adalah pembunuh senyap yang berpunca dari  saluran  darah yang tersumbat. Tiada orang yang meninggal dunia kerana  tekanan  darah tinggi dan kencing manis tapi mereka meninggal kerana  kerosakan  organ yang gagal berfungsi atas sebab komplikasi dari penyakit  itu"
    "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
- Berhenti merokok (jangan cuba-cuba dah.. tapi berhenti terus)
 - Amalkan pemakanan sihat (nasi kandaq, sup ekoq, sup ekoq, elakkan.. makan sayur & buah byk2)
 - Bersenam ( seminggu kayuh 100km. paling koman pon lari dalam guni pon jadi. ehehe)
 - Elak dan Kawal Tekanan @ stress ( kalu stress jom pi mancing atau pon kayuh)
 - Berfikiran Positif dan bermotivasi ( positif thinking, jgn dok pikir benda jahat sangat..pikir benda baik2 dah)
 - Pemeriksaan Kesihatan / medical checkup ( ramai yg takut nak buat.. muka ganas tapi jarum pon takut..chait)
 - Lastly.. Berdoa (mesti minta doa kat Allah.. minta diberi kesihatan.. baru okey..)
 
Untuk sahabat sahabat di luar sana jaga lah dan utamakan kesihatan anda. Mati Itu Pasti.. tetapi kita mesti menjaga amanah dari Allah untuk menjaga tubuh badan ini.. Adalah lebih baik kita "mencegah" daripada mengubati.. wasalam 

No comments:
Post a Comment