Thursday, June 23, 2011

Lucheon @ Takumie Workshop

Rezeki jangan di tolak.. musuh jangan dicari.. 
Tengahari tadi di Takumie Workshop ada cket jamuan ringkas tapi sungguh bermakna.. mana taknya.. tak diplan tetiba Tokey Takumie bermurah hati mensponsor jamuan lunch kami.. 
hallo.. tokey ala 'untung besar' kot ini bulan.. hehehe 

 Rezeki.. oh rezeki.. kari kapla ikan, ikan bakar pon ada... sila ooitt sila laa

 sungguh bernafsu depa ni..

lengan sapa pulak tu..

 berselera... sat ja licin

inilah yg dikatakan environment... 
pergh.. memang layan.. terasa cam kat tepi tasik pon ada...haha

Terima kasih Tokey Takumie.. nanti ada untung buat lagi.. haha

note : penulis teringat masa berkelah di Lata Sedim time zaman merempit dulu.. bila nak buat lagi yaa

Friday, June 17, 2011

Hatyai MTB Jamboree Part 2 - 2011

Tarikh : 4 Jun 2011, Sabtu
Tempat : Hatyai Municipal Park, Hatyai, Thailand
Masa : 7.30 pagi waktu Thailand
Jarak : 43 Kilometer
Penyertaan : D-One & Syahrul Izam, SuraPong

2 minggu telah berlalu.. dah nak basi dah.. heh~ Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. kesibukan melanda setiap ketika.. kesibukan dalam urusan dunia mahupon akhirat.. Hari ni ianya baru diudarakan.. Walaupon hanya 3 riders yang mewakili SAT namun ianya cukup untuk menyerikan lagi acara tersebut.. Maklumlah musim cuti sekolah.. kenduri merata2. Seperti yang sering diterapkan.. setiap penyertaan bukanlah untuk menempah nama apatah lagi untuk bermegah-megah.. ianya sekadar mencari pengalaman juga teman..  Ianya sejajar dengan tema SAT - Every day is an adventure, share yours- itu yang kami hendakkan.. Jadi mari kita kongsikan  pengalaman tersebut dengan melayan gambar2 yg ada.

Picture credit to Pudin TTG

IMG_1693
IMG_1698
IMG_1702
IMG_1706
IMG_1730

p/s: hatyai...... we will repeat....... heh

Sunday, June 12, 2011

MALANG TAK BERBAU

Salam Sejahtera..
Berita SAT.. MALANG TAK BERBAU itulah yang dapat dikatakan. Kejadian yang berlaku di suatu petang hari Sabtu, tanggal 11 Jun 2011 yang lepas. Sahabat kita, yang juga ahli SAT iaitu saudara Nazri Wahab aka Paksu aka Abg E telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang membabitkan beliau sekeluarga. (untuk rekod beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak). Kemalangan yang melibatkan sebuah Van (Van Syarikat Belacan Sedap) & sebuah Motosikal ini berlaku di hadapan kediaman beliau di Kg Sungai Seluang Atas, Lunas, Kedah. Menurut saksi, kejadian berlaku apabila Beliau yang dalam perjalanan pulang dari arah Kg Siam membelok ke kediamannya, dan secara tiba2 sebuah motosikal ditunggangi 2 remaja lelaki dari arah bertentangan dengan laju merempuh pintu hadapan bahagian penumpang Van tersebut dimana isteri bersama anak kecil beliau berada dikedudukan tersebut. Mereka dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Nazri Wahab aka Paksu aka Abg E

Dipendekkan cerita, penunggang motosikal mengalami kecederaan serius dan ditempatkan di ICU kerikutan beliau tidak sedarkan diri (pelapor tidak pasti keadaan penunggang motosikal pada masa ini).. Paksu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala Isteri & 2 Anak Beliau serta pembonceng motosikal tersebut hanya  mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca dan dibenarkan pulang setelah diberikan rawatan pesakit luar..

Sekian Berita SAT.. semoga semua yang terlibat cepat sembuh seperti sediakala..wassalam

P/S : Berhati-hati dimana jua anda berada kerana malang sememangnya tidak berbau... tetapi dikabarkan malang yang menimpa Sahabat kita ni ada bau BELACAN daaaaaaa....