Sunday, June 12, 2011

MALANG TAK BERBAU

Salam Sejahtera..
Berita SAT.. MALANG TAK BERBAU itulah yang dapat dikatakan. Kejadian yang berlaku di suatu petang hari Sabtu, tanggal 11 Jun 2011 yang lepas. Sahabat kita, yang juga ahli SAT iaitu saudara Nazri Wahab aka Paksu aka Abg E telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang membabitkan beliau sekeluarga. (untuk rekod beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak). Kemalangan yang melibatkan sebuah Van (Van Syarikat Belacan Sedap) & sebuah Motosikal ini berlaku di hadapan kediaman beliau di Kg Sungai Seluang Atas, Lunas, Kedah. Menurut saksi, kejadian berlaku apabila Beliau yang dalam perjalanan pulang dari arah Kg Siam membelok ke kediamannya, dan secara tiba2 sebuah motosikal ditunggangi 2 remaja lelaki dari arah bertentangan dengan laju merempuh pintu hadapan bahagian penumpang Van tersebut dimana isteri bersama anak kecil beliau berada dikedudukan tersebut. Mereka dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Nazri Wahab aka Paksu aka Abg E

Dipendekkan cerita, penunggang motosikal mengalami kecederaan serius dan ditempatkan di ICU kerikutan beliau tidak sedarkan diri (pelapor tidak pasti keadaan penunggang motosikal pada masa ini).. Paksu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala Isteri & 2 Anak Beliau serta pembonceng motosikal tersebut hanya  mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca dan dibenarkan pulang setelah diberikan rawatan pesakit luar..

Sekian Berita SAT.. semoga semua yang terlibat cepat sembuh seperti sediakala..wassalam

P/S : Berhati-hati dimana jua anda berada kerana malang sememangnya tidak berbau... tetapi dikabarkan malang yang menimpa Sahabat kita ni ada bau BELACAN daaaaaaa....

No comments:

Post a Comment