Friday, December 23, 2011

Fire X-Ride - Alor Gajah Jamboree

Salam Sejahtera & Salam Riadah kepada semua yang menyokong kami di Seluang Adventure Team ni.

Mesti ramai yang dok tunggu-tunggu mana dia repot Fire X-Ride ni. Takpa bawak bersabaq.. besa la ujung2 tahun ni byk benda nak kena buat.. nak audit la.. nak tutup akaun la.. nak kemaskini kira-kira la.. hihihi
Jamboree terakhir untuk tahun 2011 yang melakarkan pelbagai cerita sebelum kita melangkah ke tahun yang baru. Oleh itu hari ini, kami bentangkan kepada anda semua breakdown Jamboree Alor Gajah : Fire X-Ride 2011.
Nama Event : Fire X-Ride Jamboree 2011
Tempat : Alor Gajah, Melaka
Tarikh & Masa : 17 Disember 2011, 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Anjuran : Cycle X MTB Alor Gajah
Jumlah Penyertaan : 1200 perserta dari seluruh Malaysia
Penyertaan Ahli SAT : Paksu, Chaon, D-One, Ariff, Amir, Amin, Solahuddin
Dua buah kenderaan digunakan. Sebuah Hilux & sebuah MyVi. (terima kasih tuan empunya kenderaan)

16 DISEMBER 2011 : PERJALANAN KE ALOR GAJAH, MELAKA 
1.00 am : Bertolak dari kediaman Paksu di Sungai Seluang melalui Lebuh Raya Utara Selatan.
2.45 am : Singgah sat di Hentian Bukit Gantang. (buang apa yang patut) & teruskan perjalanan.
4.15 am : Berhenti di R&R tapah, berehat dan minum. Teruskan perjalanan 30minit kemudian.
6.00 am : Berhenti di R&R Sg. Buluh untuk Solat Subuh dan teruskan perjalanan.
7.15 am : Berhenti untuk bersarapan di R&R Seremban dan meneruskan perjalanan ke Alor Gajah.
8.30 am : Sampai di Homestay Penginapan di taman Kelemak jaya, Alor Gajah, Melaka.
12.45 pm : Solat Jumaat di Masjid Alor Gajah..indah sungguh senibina masjid ni.
2.30 pm : Ambil Goodies di dataran Keris, Alor Gajah 
3.00 pm : Ronda2 tempat bersejarah & menarik di Bandar Melaka.
8.30 pm : Makan Malam di Pekan Alor Gajah. Cuaca Hujan.. Niat nak kayuh malam tu terbantut. lastly balik rumah tidoq laa.

17 DISEMBER 2011 : HARI EVENT : FIRE X-RIDE JAMBOREE
5.30 am : sorang demi sorang bangun siap2 nak kayuh.. semua nampak bersemangat pagi ni.
6.30 am : bergerak ke lokasi event di Dataran Keris. kami antara yang terawai sampai.
7.15 am : mula berkumpul di starting point. Herannya kali ni kami berada di kelompok hadapan tak seperti sebelum2 ni. ini bagus,
8.00 am : Flag Off- semua pakat pecut dan terus memecut. Paksu, Chaon, Ariff & Din awai2 dah kedepan.. hilang macam tu ja.. kuat betoi depa.. D-One (pelapor), Amin & Amir macam biasa.. kayuh ala-ala santai gitu..haha. 
11.30 am : Alhamdulillah semua sampai dalam masa yang dihadkan dan selamat habiskan kayuhan tanpa sebarang kecederaan.
1.00 pm : Cabutan bertuah.. malangnya nasib memang takda tuah kali ni.. grand prize dapat kat orang lain.
6.00 pm : Chaon, Din & Amin berangkat pulang ke Utara.. esok pagi dah bertugas. Ariff, Paksu, D-One, Amir pulang ke utara keesokan harinya.

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah trek kat Melaka ni takda laa teruk sangat .. single trek, uphill, downhill, onroad offroad, redah paya, naik jejantas.. taklah berbahay kepada riders .. rasanya semua riders leh kayuh.. len laa klu dah jem..pakat tolak.. yg belakang pon tolak laa.. tapi walaupun trek ni tak berbahaya.. dikhabarkan ada jugak eksiden2 yang berlaku .. uphill pon tungging.. down hill pon gilek.. masuk paya pon jatuh... kat finishing pun ada yang kebabom .. Finishing line tu memang tak sesuai sangat la buat lencongan camtu..dah laa sempit..bahaya2.Amatklah menghampakan bila banyak riders yang merungut CP kehabisan air.. yang ni betoi2 tak leh terima. Harus diambil perhatian oleh penganjur. Anyway, secara totalnya event ni berjaya.
 Last sekali .. tahniah kepada Paksu yg dapat rangking top 100 dan syabas semua wakil2 SAT yang join event ni.. Korang memang sempoilah. 

Nota : Lepas ni kita pakat buat Jersey ..baru nampak hebat.. haha

No comments:

Post a Comment