Friday, November 19, 2010

Khaf Wau Ra Ba Alif Nun 2010

Tarikh : 17 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431
Tema : Insan yang cemerlang, adalah insan yang ringan tulang.
Reporter : D-One

Salam Aidil Adha Geng..amacam raya tahun ni, OK ka..brapa ekor tumbang. Or korank yang tumbang dek kerna makan byk daging. Apapon makan jgn tak makan, jangan sampai koma dah la.

Kali ni reporter just nak kongsi-kongsi xtvt korban di Masjid Sungai Seluang raya pertama lepas. Sebanyak 9 ekor lembu dan sekor korbau telah dikorbankan.  Tahniah la kat geng2 SAT yang hadir kat Masjid Sungai Seluang tuk sama2 bergotong royong laksanakan acara Korban tuh. Geng2 yg macam ni la yg kita nak..Bak kata orang, "Insan yang cemerlang, adalah insan yang ringan tulang" ya..ya.. Ini tak bermakna yg tak hadir kat sini tak ringan tulang ya..depa pi tempat len la..ehe.. Apapon layan la gambar2 yg sempat aku snap..

 acara melapah..kelihatan PakTam Gaban pon ada..ada dia kompom riuh rendah meriah..ehe

Yang ni Naim Acon, awai2 lagi dah sampai.. 
Bahagian ni depa serah kat 'reporter'..cais

Paktam ngan kpala korbau

Mat B pon tak terkecuali..tak bleh melapah tolong pegang apa yg patut pon kira jadi laa

Takumie..hah tunggu pa lagik..setel la perot tuh..

Yang tersenyum tuh geng SAT jugak..
Man namanya..pasaipa dia suka sangat main 'benda' tuh, hempa tanya dia..kehkehkeh

Kie Besi  kat sini ropanya..

Wak Sagir, Kie Besi, Takumie..pas lapah potong daging plak

dan yang lain tak bukan Saudara yang ensem lagi tampan D-One
Finally..Acara ni mmg wajib ada..makan makan makan 
berbaju kuning saudara Adan Jawe namanya..

Nota kaki : Kepada geng SAT Aked & Pak Lang Mail..tq atas jemputan anda, sori tak sempat pi.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Kami ahli-ahli Seluang Adventure Team (SAT) mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, dan selamat menjalani ibadah korban. Tidak lupa juga buat mereka yang sedang menunaikan haji, semoga memperoleh haji yang mabrur.

Saturday, November 13, 2010

Menerai Trek Sg. Tengas

Tarikh : Sabtu, 13 Novermber 2010. 
Laluan : Terap - Ladang Sawit - Sg Tengas - Terap (60% road : 30% offroad)
Jarak : 22km jer
Geng : D-One, Chaon, Syarul, Paksu, Mat Cop,
Turut Serta : Arip KS Cycle ,Nazir Gerek Bukit, Cikgu Din, Rosman & Mie dan Idan GB@K.

Oleh kerna permintaan rakan, Aktiviti SAT MTB minggu ni adalah dengan menerjah trek sekitar kawasan Sungai Tengas. Laluan kayuhan yg bermula di Terap terpaksa dipendekan @ di ubah akibat laluan yg sangat becak..so kayuhan bermula dengan laluan road kemudian terus masuk offroad dan layan road balik sampai abih..
Tunggu kali ke-1 Jam 8.30am..depan Masjid Terap..masih menunggu 'Pak Long' selaku penunjuk arah..semua tak sabaq dah nak kayuh..
Tunggu kali ke-2 9.00am..kat umah Pak Long..beskal dah siap punggah..tak kayuh lagik..Pak Long pi turut anak dia pulak..tunggu lagik..

Paksu Corra dengan helmet ala kora nya..cekeding la pulak kali nih..haha

Tunggu kali ke-3 9.15am..depan Masjid Terap..tunggu apa lagik bang oi..Pak Long pi boh minyak la pulak..isk3..cobaan..ini betoi2..bukan cobaan..hehe(tringat crita Pendekar Bujang Lapok)

Len macam pulak 'penampilan' Paksu hari ni..cam katun 'crazy frog' pon ada..jgn mareeee..kiki

Reporter & Syarul
Kayuhan bermula dgn laluan road sepanjang 3km sebelum masuk offroad

Regroup 1: dalam kebun sawit..ada geng yg tertinggai.

Saudara Ariff KS Team..power mamat nih

Regroup 2 : area Sungai Tengas..yg dok ataih moto tu laa Pak Long

Macam besa..lepas kayuh lepak2 minum laaa..


Monday, November 1, 2010

Kayuhan Kuale Bandar Di Raja 2010 - Siaran Tertunda

Assalamualaikum & Salam sejahtera Yob...pekabor sume..ngape yob..susah ati xleh kayuh ke..bese ler yob musim ujan..banjir sane sini..nak layan offroad pon paham2 jer ler..kate orang Kedah.. belemoih abih ler...yer..ehe..
Apapon entry kali ni teman nak storykan pasei Jamboree yg lepas..siaran tertunda yob..Dipendekkan cerita hasil dari pemantauan & pemerhatian geng SAT maka, satu "mesorat " tergempar telah berlangsung dan,  beberapa perkara berhubung  acara tersebut dapat disimpulkan. 

Berikut adalah perkaranya di hari kayuhan :
  1. Kayuhan yg best, laluan menarik hati..uphill sempoi..single trek best..donhell pon lazat..kekadang tak sempat nak menikmati kelazatannya..coz kelajuan terpaksa diminimakan..
  2. Daripada tu, dapatlah di abaikan masalah kecil yang lain seperti, starting point, feeding point,bantuan kecemasan dan sebagainya.
  3. Semua Geng SAT berjaya menghabiskan kayuhan dalam masa yang ditetapkan..tahniah kat semua.
  4. Tiada kemalangan yang boleh mengakibatkan Geng kena amik MC ataupon mengalami cacat kekal..kecuali...
  5. Paksu  Corra yg mengalami luka ringan kat pala lutut..boh gamat lega la.
  6. Saudara Naset yang menungging time layan Donhell tangga..mujuq tarak papa.
  7. Lagi sekali saudara Naset, Paksu Corra & Amir memenangi cabutan bertuah berupa........bertuah hempa noh.
  8. Sagirman aka Wak Sagir (ahli baru) berjaya habiskan kayuhan, walaupon ni Jamboree pertama beliau..siap tinaih org lama lak tuh..tahniah untuk beliau.
  9. Tahniah jugak kat Paksu Corra kerna mendapat rangking under 100..next jamboree mau dok under 10 lak.
  10. Yang best dan seronoknya pasai Jamboree ni, mahupon mana2 jamboree..dapat jumpa kawan2..tuh yg best..  
Lagik yang best tuh di satu daerah, di satu kampung, di rumah penginapan, di waktu malam..mcm2 hal berlaku.. meriah.. gempak.. heppi.. yeppi.. mcm 1 famili.. tp bukan 1 Malaysia laa..ehe..


Geng SAT bersama rakan2 mtb dr KS Cycle -Abg Arip, Jeff, Gerek Bukit-Nazir..
yg menginap bersama..yg len aku lupa nama sori ek.

 Persiapan sebelum bertolak ke Kuala Kangsar..Trip pertama bertolak sekitar jam 5.00ptg

 Sekitar kawasan pungutan 'goodies bag'

 Sepagi di rumah penginapan..sebelum bertolak ke tapak mula kayuhan

 Sekitar 'starting point'..sedikit kekecohan berlaku, coz starting kat jalanraya..jalan tak tutup..
perkara yg tak patut berlaku
Trek kayuhan..tak byk gambar yg sempat diambil..coz laju sangat kot..ehe

Sekitar majlis penutup..cabutan bertuah..bertuah sungguh saudara Naset, Amir & Paksu Corra..dapat gak hadiah..

Kesimpulannya kami geng SAT sebulat sora memberikan 3/5 bijik Labu Sayung sebagai mata keseluruhan. Tahniah Pihak Penganjur.