Saturday, November 13, 2010

Menerai Trek Sg. Tengas

Tarikh : Sabtu, 13 Novermber 2010. 
Laluan : Terap - Ladang Sawit - Sg Tengas - Terap (60% road : 30% offroad)
Jarak : 22km jer
Geng : D-One, Chaon, Syarul, Paksu, Mat Cop,
Turut Serta : Arip KS Cycle ,Nazir Gerek Bukit, Cikgu Din, Rosman & Mie dan Idan GB@K.

Oleh kerna permintaan rakan, Aktiviti SAT MTB minggu ni adalah dengan menerjah trek sekitar kawasan Sungai Tengas. Laluan kayuhan yg bermula di Terap terpaksa dipendekan @ di ubah akibat laluan yg sangat becak..so kayuhan bermula dengan laluan road kemudian terus masuk offroad dan layan road balik sampai abih..
Tunggu kali ke-1 Jam 8.30am..depan Masjid Terap..masih menunggu 'Pak Long' selaku penunjuk arah..semua tak sabaq dah nak kayuh..
Tunggu kali ke-2 9.00am..kat umah Pak Long..beskal dah siap punggah..tak kayuh lagik..Pak Long pi turut anak dia pulak..tunggu lagik..

Paksu Corra dengan helmet ala kora nya..cekeding la pulak kali nih..haha

Tunggu kali ke-3 9.15am..depan Masjid Terap..tunggu apa lagik bang oi..Pak Long pi boh minyak la pulak..isk3..cobaan..ini betoi2..bukan cobaan..hehe(tringat crita Pendekar Bujang Lapok)

Len macam pulak 'penampilan' Paksu hari ni..cam katun 'crazy frog' pon ada..jgn mareeee..kiki

Reporter & Syarul
Kayuhan bermula dgn laluan road sepanjang 3km sebelum masuk offroad

Regroup 1: dalam kebun sawit..ada geng yg tertinggai.

Saudara Ariff KS Team..power mamat nih

Regroup 2 : area Sungai Tengas..yg dok ataih moto tu laa Pak Long

Macam besa..lepas kayuh lepak2 minum laaa..


No comments:

Post a Comment